HaniffTJ

HaniffTJ

PeRjaLaNan MeNuJU PunCaK

11 Sebab dan Kenapa Hendak Berniaga!!

October 5, 2013 | 7 Comments

benda perlu ada

benda perlu ada

1.Masa dikawal oleh diri sendiri (masa amat berharga)

Masa yang diberikan dikawal sepenuhnya oleh diri sendiri, nak cuti ke,nak mc sampai 2 minggu tak menjadi masalah dan tak de sape nak marah. Masa dapat dihabiskan bersama keluarga,ibu-bapa , anak-anak dan isteri lebih baik habiskan masa bersama family daripada di pejabat.

2.Bergantung hanya pada Allah

Sumber rezeki hanya bermohon dan bergantung kepada Allah tidak mengharap belas kasihan daripada manusia atau boss. Nak naik gaji setahun rm 300 ke atas belum tentu lagi

3.Malas ke rajin Sendiri Tanggung

Berniaga tak sama dengan makan gaji. Jika malas time kerja makan gaji habis kuat kena marah kalau dah sampai tahap kronik baru kena buang kerja. Tapi kalu  rajin kerja time makan gaji korang diberi kenaikan gaji tapi yang bestnye berniaga pendapat unlimited. Jika malas sendiri tanggung lah.Aku tidak mahu berada di zone selamat.

4.Belajar benda baru  kerana pelbagai cabaran baru/potensi diri dapat diserlahkan

Dalam berniaga korang kena ada banyak kemahiran yang perlu digabungkan. Banyak membaca buku untuk menambah ilmu.Rupanya ilmu kita ada nie ibarat setitik air dilautan.

5.Tak payah terlibat dalam kesesakan lalu lintas di pagi-pagi.

Kena keluar daripada rumah sebelum pukul 7.30 nak elak daripada jemm pagi-pagi. Lambat keluar alamatnye pukul 9.30a.m lah baru masuk office . Lambat satu hal dapat satu lagi pakage  buy one free one kena marah dengan boss.

6.Memenuhi cita-cita outdoor/travel to other country

Apabila sudah berkerja masa adalah terhad segala tenaga,masa ditumpukan kepada syarikat. Jangan mimpi lah boss nak bagi cuti 2 minggu senang-senang siap seribu-satu soalan yang last sekali tak jadi pergi terpaksa batalkan tiket flight. Bak kata pepatah Juah berjalan luas pandangan.

7.Tak nak terlibat dalam kehidupan tikus berlari-lari (Rat-race)

Maksud kehidupan tikus belari-lari dalam wikipedia kehidupan tidak menentu tikus-tikus dibandar besar. Akibat tidak keseimbangan dalam hidup seperti balik kerja lewat malam dan macam robot dah.

8.Menyelesaikan hutang dengan secepat mungkin

Hutang rumah sampai 35tahun maka sampai umur pencen baru dapat bersara. Berniaga untuk menyelesaikan hutang serta dapat menambah baik kualiti kehidupan tidak menjadi perhambaan dunia.

9.Perniagaan boleh diwarisi

Berniaga boleh diwarisi kepada anak-anak suatu ketika nanti kerana cabaran ekonomi serta peluang perkerjaan di masa hadapan semakin mencabar. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan atau memakai baju hujan sebelum hujan.

10.Menaik taraf hidup keluaraga,adik-beradik,sepupu,kawan dan masyarakat/membantu orang lain

Jika ada lebihan dapat membantu adik beradik , saudara mara,kawan dan masyarakat. HIDUP UNTUK MEMBERI . serta boleh menaik taraf ekonomi kaum melayu yang jauh ketinggalan didalam semua bidang.

11.Tak perlu ada degree atau mini transkrip untuk memohon berniaga

Tidak memerlukan syarat PHD,MASTER,DEGREE untuk memohon perniagaan. Hanya perlukan Ilmu perniagaan secukupnya,mentor yang berjaya  serta keazaman yang kuat. tambah ilmu dan membuat networking .

Jadilah diri sendiri

Jadilah diri sendiri

 

Loading Facebook Comments ...

7 people are talking about “11 Sebab dan Kenapa Hendak Berniaga!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge