HaniffTJ

HaniffTJ

PeRjaLaNan MeNuJU PunCaK

BUDGET 2014 Kalau Aku Menjadi Perdana Menteri

October 18, 2013 | 7 Comments

Draft Budget 2014

Draft Budget 2014

Ramai menunggu-menuggu budget 2014 yang akan dibentangkan oleh kerajaan Malaysia tidak lama lagi kerana budget kali ini amat penting bagi mencorak masa hadapan Malaysia yang inginkan perubahan tranformasi besar-besaran.

Banyak persoalan-persolan bermain difikiran rakyat yang termasuk diriku mengharap sesuatu perubahan tranformasi secara besar-besaran seperti dijanjikan selepas mendapat mandat baru dalam PRU-13.

Secara kasarnya budget merangkumi

budget idaman anda

budget idaman anda

Di sini ingin mengariskan 6 teras keutamaan dalam buget 2014 daripada bukan seorang pakar ekonomi

1.Wujudnya peluang perkerjaan setiap negeri tidak hanya tertumpu di kawasan Kuala Lumpur,Johor Selangor dan Pulau Pinang.

Dimana setiap negeri dinaikan tidak hanya tertumpu di suatu kawasan elit sahaja seperti yang disebutkan diatas. Melaluai cadagan ini dapat mengimbangan kepadatan penduduk yang hanya tertumpu di kawasan tersebut. Sesungguhnya Malaysia mempunyai tanah yang luas dengan wujud peluang keseimbangan akan mengurangkan masalah sosial serta spekulasi harga pasaran yang menjadi isu-isu hagat ketika ini.

2.Kelulusan pembinaan dikawasan ELIT  diberhentikan atau dikurangkan secara menyeluruh.

Project Mega jika ingin dilaksanakan selain kawasan Kuala Lumpur,Selangor,Johor dan Pulau Pinang sebagai contoh Menara Warisan dilakukan di Perlis atau Kedah bertujuan sebagai pusat menarik pelabur-pelabur daripada utara negara Thailand, serta dari timur tengah.Menara Petronas yang berpusat di ibu kota jangan dibazirkan untuk perkara yang sama.Selain itu akan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan tersebut serta menaik taraf negeri tersebut melaluai tarikan pelabur ke kawasan tersebut disamping mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur yang sudah tepu dengan kenderaan dan kepadatan penduduk. Segala usahasama pembangunan negeri perlu mendapat kerjasama pusat bagi menjayakannya.

3.Penggunaan sumber manusia sebaiknya

Malaysia mempunyai rakyat 28 juta daripada utara ke selatan semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak . Jika dimanfaat sumber manusia boleh mewujudkan daya saign yang tinggi serta segala perancagan dasar negara berjalan dengan lancar.Hakikatnya untuk menjayakan Wawasan 2020 semua pihak daripada atasan dan rakyat perlu berkerjasama serta polisi kerajaan mewujudkan peluang setiap negeri dia malaysia bagi graduan-graduan tamat pelajaran diserapkan di negeri masing-masing untuk membangun perancangan setiap negeri.Pengerak ekonomi negara adalah dikalangan golongan muda maka manfaat sumber sebaiknya dengan perancagan teliti.

4.Pendidikan tinggi serta kemahiran bagi pelajar keciciran.

Pendidikan merupakan suatu pelaburan penting bagi meneruskan kesinambungan kepemimpinan negara dan mempertahankan kemerdekaan negara. Dasar pendidikan sekolah rendah,menengah serta pengajian tinggi dikaji disesuaikan dengan dunia semasa yang mencabar bagi melahirkan graduan memiliki minda kelas pertama didalam semua bidang dan melahirkan bangsa pencipta.Menjadi Agama sebagai teras. Bagi menangani isu keciciran pelajar wujudkan terus program kemahiran bermula daripada peringkat sekolah bagi pelajar yang bermasalah. Setiap individu memperolehi keupayaan dan kelebihan masing-masing.

5.Bidang penternakkan,pertaniaan di ambil penekanan serius

Isu pertanian kurang di beri perhatian penuh oleh kerajaan. Mewujudkan pertanian,penternakkan dan perikanan sebagai pelaburan negara. Mewujudkan sektor tersebut untuk pasaran tempatan dan luar. Malaysia kini masih  bergantung kepada sumber import untuk bahan keperluan asas menyebabkan harga tersebut diluar kawalan negara sebagai contoh kenaikan harga ayam,daging dan sayur baru-baru ini. Membuat kerjasama dengan ushawan kecil sederhana dengan wujud kesatuan dan rakaian perniagaan dalam bidang pertaniaan daripada penanaman hingga ke pemasaran.

6. Dan pandangan ku yang terakhir mesti mendapat tentangan iaitu mengkaji dan melaksakan hukum-hukum Allah dalam pentadbiran.

Hukum Allah adalah bersifat mencegahan . Mencegah lebih baik daripada mengubati.Kejadian mencuri,merompak ,rogol,rasuah,dadah dan pelbagai lagi isu-isu memenuhi dada-dada akbar saban hari.Allah maha mengetahuai setiap perkara. Daripada pemikiran akalku yang terbatas dan terhad melaluai perlaksanaan hukum-hukum tersebut dapat menjimatkan peruntukkan kos negara amat banyak dalam keselamtan awam dan digunakan untuk membangunkan negara. Melaluai undang-undang sekuler ciptaan manusia bagi menangani kes jenayah peruntukkan perbelanjaan seperti:

  • Pertambahan bilangan polis
  • Pemasangan cctv
  • Hukuman berat penjara
  • Kempen
  • Peralatan dan kemudahan polis

Peruntukan buget kewangan yang banyak dalam perkara tersebut masih belum berjaya mengurangkan kes-kes tersebut.

Kenapa 6 sahaja teras keutamaan?? mana bab perumahan,minyak,sistem undang-undang,tol ke,BR1M ke dan lain tak disentuhpun. .sama-sama kita fikirkan.hihi

P/S:Berikut hanyalah pandangan daripada seorang rakyat biasa cintakan negara tiada mahu menjadi perdana menteri pun.Cuma sekadar cadangan bagi menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang masih belum dapat diselesaikan lagi. Sesungguhnya walaupun terdapat pelbagai cadangan atau idea kita tidak dapat mengubah kerajaan jalan terbaik adalah mengubah diri sendiri supaya tidak terjerumus bersama-sama mereka.

kapitalisme

kapitalisme

Tunggu budget 2014 yang akan dibentangkan oleh pakar ekonomi pada 25 October 2013 ini.

Loading Facebook Comments ...

7 people are talking about “BUDGET 2014 Kalau Aku Menjadi Perdana Menteri

  1. Pingback: 9 Pandangan Budget 2014 terbaik daripada Rakyat Malaysia | HaniffTJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge