HaniffTJ

HaniffTJ

PeRjaLaNan MeNuJU PunCaK

Perhambaan Di Malaysia

September 30, 2013 | 14 Comments

Masih wujud sistem perhambaan di Dunia ini?

Secara definasinya perhambaan adalah manusia dimana dirampas,terampas atau dinafikan hak kebebasan melaluai penyerapan idelogi-idelogi serta fahaman-fahaman yang menyebabkan manusia terpaksa atau dipaksa untuk bekerja tanpa kita sedari.Manusia diperhambakan oleh manusia-manusia melaluai idea buatan manusia.

“Islam meminta supaya manusia menuju kepada satu tujuan sahaja iaitu ikhlas dalam menghambakan diri kepada Allah, jangan menyembah manusia lagi”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, h. 65).

Pada zaman teknolgi di hujung jari dunia tanpa sempadan, Benarkah masih wujud sistem perhambaan ini? tipu lah mana ada lagi hamba abdi nie . Nie cerita zaman kuno, sekarang mana ada lagi dah.

Sebelum pergi lebih jauh berikut jenis-jenis perhambaan

  • Perhambahaan terhadap manusia
  • Perhambahaan tehadap ideologi
  • Perhambahaan terhadap kebendaan
  • Perhambahaan terhadap hawa nafsu
  • Perhambahaan terhadap jin

Dunia semakin hari semakin mencabar , sistem yang di amalkan di negara kita memaksa kita selama-lamanya menjadi pekerja tanpa kita sedari dimana setiap individu dan masyarakat berkerja keras bagi menyara keperluan kehidupan.

Perhambaan di Malaysia

bebaskan diri daripada hutang

 

 

 

 

 

Isu perhambaan manusia secara fizikal sudah jarang kita mendengarnya kerana perhambaan sudah diharamkan pada abad ini tetapi wujud dari segi idelogi,kebendaan,manusia ( melaluai sistem ciptaan manusia iaitu pinjaman secara tanpa sedari) dan hawa nafsu masih berlaku. Antara punca perhambaan manusia adalah disebabkan hutang. Hutang merupakan punca berlakunya perhambaan kembali dimana seorang itu lebih mementingkan kemuliaan berbanding kehidupan.

Akibatnya menyebabkan 

  • Mengabaikan tanggung jawap terhadap suami,isteri,anak-anak,ibu bapa dan pencipta.
  • Nikmat yang diberikan tidak pernah mencukupi
  • Dengki terhadap kelebihan yang diperolehi orang lain
  • Wujud sifat riak atau bermegah-megah dengan harta kekayaan plastik.
  • Masa dibazirkan tiada masa berkualiti . Pergi kerja pagi balik malam untuk membayar hutang
  • Tiada keberkataan rezeki kerana tidak mengira halal dan haram.

Semoga mendapat iktibar daripada vedio ini

Doa untuk diamalkan

doa menghindari daripada malas dan hutang

doa menghindari daripada malas dan hutang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Islam yang membebaskan kita dari perhambaan satu ketika dahulu, dan Islam juga yang akan membebaskan kita dari belenggu ini, Allah s.w.t. menganugerahkan kita dengan akal fikiran dan kebolehan berfikir dengan baik manfaat sepenuhnya.Hakikat manusia yang merdeka adalah mengembalikan perhambaan dirinya hanya kepada Allah S.W.T. Tidak menjadi hamba ideologi, tidak pula menjadi hamba manusia, harta benda, makhluk-makhluk halus, hawa nafsu atau yang lainnya. Astaghfirullah

Loading Facebook Comments ...

14 people are talking about “Perhambaan Di Malaysia

  1. Ramai yang menjadi hamba dan terpenjara di dalam sistem yang diamalkan manusia zaman ini tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa diri kita sedang dibelenggu perhambaan cara halus ini. Tidak hairanlah zaman yang bertuhankan nafsu ini telah mendorong ramai manusia bekerja sehingga tidak cukup masa hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dan keluarga.
    Anak Askar Pencen recently posted…Kesesakan Kuala Lumpur dan Parking RM40 SejamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge